Sultan Johor disahkan mangkat

Berita yang baru saya perolehi dari seorang kawan di rumah, Sultan Johor Mangkat pada Petang tadi, sebarang info akan saya update kelak, takziah kepada rakyat Negeri johor!
Kawan saya berada di hospital tempat Tuanku dirawat.

my friend just tell me Johorean, Al-Fatihah to our late Sultan of Johor who just passed away this very evening


berita yang diperolehi dari Agenda Daily




AL-FATIHAH-Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail mangkat jam 7.08 malam Jumaat. Agenda Daily di maklum oleh Ketua Penenerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan setelah beliau mendapat pengesahan daripada kenyataan Setiausaha Sulit Pemangku Sultan Tuanku Ibrahim. Terdahulu sebelah petang Al-Marhum Sultan Iskandar di masukkan ke hospital setelah gering. Ekoran itu Jemaah Sultan Johor telah melantik Tuanku Ibrahim sebagai Pemangku Sultan Johor.- 22/1/2010

Berita Dari Umno Online
JOHOR BAHRU, 22 Jan. – Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan semua ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO bersama dengan seluruh ahli UMNO menyembahkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang teramat sangat ke atas kaum kerabat Di Raja Negeri Johor di atas kemangkatan DYMM Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan memaklumkan demikian setelah beliau mendapat pengesahan daripada kenyataan Setiausaha Sulit Pemangku Sultan Tuanku Ibrahim berkenaan kemangkatan baginda pada jam 7.08 malam tadi.

Terdahulu pada sebelah petang Al-Marhum Sultan Iskandar telah di masukkan ke Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru setelah gering.

Ekoran itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar hari ini dilantik sebagai Pemangku Sultan semasa kegeringan baginda Sultan.

Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli melalui satu kenyataan memaklumkan, Jumaah Majlis Diraja membuat keputusan itu di bawah Fasal 9(1)(b) dan 9(2) Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 selepas menerima laporan kesihatan daripada pakar-pakar perubatan mengenai kegeringan baginda.

Menyorot kembali, Almarhum Sultan Iskandar yang diputerakan pada 8 April 1932 adalah Yang di-Pertuan Agong Malaysia kelapan iaitu antara 26 April 1984 hingga 25 April 1989.

Almarhum Baginda adalah putera sulung kepada Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim dengan isterinya Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Paduka Bena Sri Maharaja Utama Ahmad dan dilantik sebagai Tengku Mahkota pada 1959.

Justeru, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas roh Almarhum dan semoga dihimpunkan bersama orang-orang yang soleh – Al-Fatihah.

Update:

CHENNAI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merafak takziah kepada kerabat diraja Johor di atas kemangkatan Sultan Johor Sultan Iskandar malam tadi.

"Saya bagi pihak kerajaan dan rakyat merakamkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah dan anakanda-anakanda serta kerabat baginda di atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan rasmi Perdana Menteri ke India selama lima hari sejak Selasa lepas.

Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman mengumumkan Sultan Iskandar mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di Johor Baharu.

Najib berkata: "Baginda Sultan merupakan seorang raja yang amat prihatin terhadap segala perkembangan dalam negerinya dan juga sewaktu baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong.

"Baginda memainkan peranan yang besar dalam pembangunan dan kejayaan negeri Johor dan selalu menekankan betapa pentingnya rakyat Malaysia bersatu padu," kata Perdana Menteri.

Berikutan kemangkatan Sultan Johor, Najib memendekkan lawatannya ke India dan berlepas pulang ke tanah air pada pukul 8.30 malam tadi waktu tempatan dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepangawal pagi ini.

Mengikut jadual, Najib sepatutnya berlepas pulang petang ini. - BERNAMA

3 comments:

Akuro San said...

Innalillah~ : (

CdiQ™ said...

Sama - sama kita nantikan keputusan rasmi dari MB JohoR

CdiQ™ said...

Keputusan rasmi dah pon keluar! khabar angin ini telah menjadi suatu khabar yang pasti....

Post a Comment

Game Buat Jambatan

 

Islamic Animation

Animasi Islamic di dalam blog ini telah saya kumpulkan dari pelbagai sumber di internet, Manfaatkanlah dengan sebaik mungkin, semoga ia menjadi satu lorong dakwah yang bakal dikira oleh Allah sebagai suatu kebaikkan. Semoga usaha kecil ini diredhai Allah SWT. Insya Allah